Kereta Sewa Bangi

Setiap tempahan kereta sewa adalah lebih mudah dengan www.keretasewabangi.iklanbiz.com. Setiap pengusaha kereta sewa di Bangi mempunyai kadar yang hebat dan menawarkan perkhidmatan penghantaran, pick-up dan drop-off pelanggan kereta sewa bagi menjadikan kehidupan seharian anda lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa. Luaskan perjalanan anda dengan ADING Car Rental, pengusaha Kereta Sewa Bangi murah anda.

kereta sewa bangi

Di ADING Car Rental, matlamat utama kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan kereta sewa murah, harga berpatutan dengan servis yang berkualiti kepada penduduk di sekitar Bangi. Selain itu, kami juga menawarkan pelbagai diskaun pada harga terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami menawarkan kereta kompak sesuai untuk anda yang mempunyai bajet rendah. Jangan risau, semua kereta sewa kami berada dalam kondisi yang terbaik dan melalui pemeriksaan berkala bagi memastikan agar kereta sewa kami bersedia untuk disewa.

Harga Kereta Sewa Bangi Serendah RM60 Sehari

Susah percaya bukan? Tapi, inilah harga kereta sewa ADING Car Rental. Kami tawarkan harga serendah RM60 sehari bagi kereta sewa jenis Perodua Axia Auto bagi warga penduduk Bangi bagi tempoh sebulan dan keatas. Lagi lama anda menyewa dengan ADING Car Rental, lagi banyak diskaun yang akan kami berikan. Ini adalah kelebihan kami selaku antara penyedia perkhidmatan kereta sewa bangi pandu sendiri. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik untuk semua, khasnya bagi warga Bangi dan sekitar kawasannya.

Harga Kereta Sewa Bangi Serendah RM60 Sehari

Perancangan kami di masa akan datang, kami akan cuba memperkenalkan kad keahlian bagi para pelanggan kereta sewa kami yang setia bersama-sama dengan kami. Ini sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka yang sudi menggunakan perkhidmatan kereta sewa kami.

Perkhidmatan Kereta Sewa Bangi Pandu Sendiri

Ya, kami menyediakan kereta sewa pandu sendiri kepada para pelanggan diluar sana. Akan tetapi bagi mereka yang inginkan servis kereta sewa bersama pemandu peribadi, turut boleh menghubungi kami bagi mendapatkan pakej-pakej yang ditawarkan. Pastinya kadar harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan pelbagai jenis kenderaan yang disediakan kepada para pelanggan kereta sewa diluar sana.

Perkhidmatan Kereta Sewa Bangi Pandu Sendiri

Sebagai antara peneraju utama kereta sewa bangi yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan untuk disewakan, ADING DNZ Car Rental menerusi rakaniaga mereka telah menyediakan kereta jenis kompak, sedan, van pelbagai guna sehinggalah kereta mewah bagi tujuan kegunaan persendirian, syarikat korporat mahupun untuk pakej perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka yang berminat, bolehlah rujuk kepada harga kereta sewa seperti yang tertera di atas.

Penggunaan Google Marketing Oleh Team Pemasaran Kereta Sewa Bangi

Bagi membolehkan bisnes kereta sewa berjalan seperti biasa, sudah tentu pemasaran / marketing kereta sewa perlu dititikberatkan bagi memastikan bisnes kereta sewaini terus kekal berjalan dan dikenali oleh seluruh warga Bangi khususnya. Kali ini, dengan kerjasama DNZ Advertising selaku wakil pemasaran yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan market kereta sewa bangidengan menggunakan teknik pemasaran Google Marketing. Teknik pemasaran ini merupakan teknik yang terbaru dimana ia menggabungkan hampir ke semua platform mahupun produk Google dan hasillnya diterjemahkan dalam bentuk carian melalui Google Search.

Penggunaan Google Marketing Oleh Team Pemasaran Kereta Sewa Bangi

Melalui servis Google Marketing ini, para pelanggan diluar sana yang melakukan carian Google ‘ kereta sewa bangi ’, akan menemui pautan link website kereta sewa ADING Car Rental di ranking teratas carian google. Kebarangkalian untuk mendapat sales adalah lebih tinggi berbanding dengan website kereta sewa yang lain yang rendah rankingnya di carian Google.

Pengiklanan Online Dan Offline Untuk Bisnes Kereta Sewa Bangi

Selain penggunaan teknik Google Marketing bagi memonopoli market Bangi, pengiklanan online dan juga offline perlu juga digunakan bagi memperolehi sales kereta sewa. Ini adalah kedua-dua pengiklanan ini mempunyai fungsi masing-masing di dalam menghasilkan sales dan juga keuntungan bagi syarikat kereta sewa bangi dan juga pengusaha-pengusaha kereta sewa di tempat lain. Seperti contoh, penggunaan iklan kain rentang / banner dan bunting merupakan antara contoh pengiklanan secara offine. Pengedaran kad perniagaan, pamphlet dan brochure juga mampu menarik para pelanggan datang terus ke bisnes kita.

Pengiklanan Online Dan Offline Untuk Bisnes Kereta Sewa Bangi

Manakala pengiklanan secara online pula lebih banyak tertumpu kepada penggunaan teknologi & komunikasi seperti penggunaan laman media sosial seperti Facebook, Instagram, twitter dan sebagainya. Bagi pengusaha kereta sewa yang mempunyai pengetahuan di dalam pembangunan website dan apps, mereka boleh membangunkan laman web rasmi kereta sewa masing-masing bagi memudahkan para pengguna membuat tempahan kereta sewa.

Tempat-Tempat Menarik Pilihan Krew Kereta Sewa Bangi

Ramai yang tidak tahu bandar di sekitar bangi terdapat juga banyak tempat-tempat yang menarik seperti taman tema, tempat shopping dan tempat makanan yang sedap-sedap. Bangi juga merupakan tempat yang strategik kerana area Bangi terletak di tengah-tengah kawasan startegik, danbersebelahan dengan putrajaya, serdang, nilai, dan juga KLIA. Di sini admin website kereta sewa bangi ingin kongsikan tempat-tempat yangg menarik di sekitar Bangi, antaranya:

1. Bangi Wonderland

Bangi Wonderland mula beroperasi pada 2018. Taman tema air ini dapat banyak sambutan mana tidaknya dekat tengah bandar yang sibuk ada pulak taman tema, memang menarik boleh bawa anak bersuka ria di situ. Mak bapak pun boleh tumpang mandi.

Bangi Wonderland

2. Bangi Sentral

Bangi Sentral merupakan syurga membeli belah, kenapa admin cakap syurga beli belah kerana terdapat kedai-kedai yang popular di situ antaranya butik Leeyana Rahman, Butik Elrah, kedai makan alif syukri terlajak laris dan bermacam macam lagi.

Bangi Sentral

3. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Siapa yang tidak kenal KUIS? KUIS mula popular apabila Astro membuat program Pencetus Ummah di KUIS. Kuis juga dikenali oleh orang ramai kerana Ustaz Don merupakan tenaga pengajar di situ dan juga icon KUIS. Ramai ibu bapa yang menghantar anak meraka di situ kerana tertarik dengan budaya menutup aurat di sana dan berdisiplin. Krew kereta sewa bangi selalu membuat penghantaran kereta sewa ke dalam KUIS bagi pelanggan-pelanggan setia ADING Car Rental.

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

4. Universiti UKM

UKM adalah universiti yang popular kerana lahirnya orang-orang yang hebat dari UKM. UKM mempunyai 5 padang yang luas. Orang luar boleh menggunakan kemudahan padang yang disediakan ini.

Universiti UKM

5. Bangi Gateway

Bangi Gateway merupakan tempat shopping juga . yang mana tidak puas shoping lagi dia bangi sentral bole sambung disini. Terdapat 200 buah kedai yang berada di situ. Tempatnya selesa dan mengunakn konsep outdoor iaitu dengan mengunakan kipas besar di siling. Bangi Gateway juga terdapat tempat bermain bowling iaitu Bowling Ampang. Hari minggu amatlah sesuai untuk melepaskan stress dengan bermain bowling.

Bangi Gateway

6. Uptown Jalan Reko

Jalan Reko dikenali sebagai tempat paling ohsem untuk night walk dan sesuai untuk si pengemar makanan. Disni terdapat pelbagai makanan ada antaranya nasi lemak RM1, steamboat, mangga padu dan lain-lain lagi. Di Uptown Jalan Reko juga terdapat sekumpulan Buskers membuat persembahan di situ pada setiap malam minggu iaitu sabtu dan ahad.

Uptown Jalan Reko

Tempat ini merupakan tumpuan para pelajar berlepak kerana suasana yang santai diiringi lagu busking sangat menarik dan torrbaikk. Selain itu juga, di Jalan Reko terdapat pelbagai kedai menjual barangan kering, pakaian, minyak wangi, gadjet, kedai urut dan pelbagai lagi. Di sini krew kereta sewa bangi selalu datang lepak dan makan disini bila habis waktu bekerja bagi melepaskan penat lelah seharian bekerja.

7. Taman Botani Putrajaya

Taman ini sesuai dikunjungi oleh mereka yang inginkan ketenangan untuk menghilangkan strees bekerja atau belajar. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak berkunjung ke Taman Botani ini untuk mengajar anak-anak kecil mengenal tentang tumbuhan-tumbuhan hijau yang terdapat di taman ini. Selain itu, di Putrajaya terdapat pemandangan yang cantik dan disertai dengan pembinaan yang moden antaranya Masjid Putrajaya, Bangunan Perdana Putra, dan pelbagai lagi.

Taman Botani Putrajaya

Tempat Makan Best Sekitar Bangi Pilhan Kereta Sewa Bangi

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum serta terkenal dengan kelazatan makanan-makanannya. Bahkan pelancong-pelancong yang datang melancong ke Malaysia juga menyukai makanan-makanan Malaysia. Tidak perlu pergi jauh untuk dapatkan makanan-makanan yang sedap, Bangi juga boleh dikategorikan sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak tempat-tempat makan yang menarik yang boleh kita cuba seperti makanan ala kampung ataupun makanan western. Antaranya merupakan tempat makan fevret staf kereta sewa bangi iaitu:

1. Denali and Pinnacles The Wanderer’s Café

Nama pun dah macam orang putih tapi jangan risau cafe ini semestinya halalan toyiban hehehe, cafe ini dikategorikan sebagai cafe hipster bagi pengunjung yang ingin menjamu selera dengan menghirup udara segar bolehlah cuba datang ke cafe ini kerana cafe *hipster *ini menggunakan konsep dekorasi Bohemian yang pasti memberikan suasana yang tenang dan damai kepada pengunjung. Sambil menjamu selera anda juga boleh melihat pemandangan yang cantik diatas cafe ini, cafe ini juga terdapat pelbagai menu yang menarik serta dengan harga yang boleh dikatakan berpatutan.

Denali and Pinnacles The Wanderer's Café

Antara menu yang famous dicafe ini seperti  pasta Spicy Provencal Linguine, Peruvian Chicken, Tenderloin Beef Skewers serta *burger *yang besar dan* juicy. So, tak hairanlah kalau kafe ni sentiasa pack dengan pelanggan kerana makanan dekat sini memang best-best. Cafe ini juga dikatakan sebagai kafe rooftop* yang  *tercantik di Bangi.

2. Pondok Malindo Bangi

Bagi pengemar-pengemar masakan indonesia anda boleh try makanan di Pondok Malindo Bangi. Tak perlu pergi jauh-jauh ke Indonesia untuk makan di Bangi pun boleh dapat makanan-makanan sedap ini. Kedai ini menawarkan banyak menu manarik makanan dari indonesia. Kebanyakkan menu di kedai ini kita tak pernah dengar dan nama-namanya juga pelik-pelik tapi makanannya memang semua best-best.

Pondok Malindo Bangi

Antara menu yang selalu kita dengar adalah seperti lele penyet, nasi ambeng Malindo dan ayam penyet yang boleh anda nikmati. Menu lain yang boleh anda cuba juga seperti Gurame Goreng Terbang  iaitu ikan kaloi goreng yang digoreng dengan ranggup yang anda boleh makan dengan nasi putih bersama dengan cilinya. Merupakan tempat yang selalu warga kerja kereta sewa bangi datang makan di sini. Waktu operasinya adalah pada setiap hari kecuali hari selasa kedai ini tutup, kedai ini dibuka dari pukul 11 pagi hingga 11 malam dan terletak di Seksyen 9, Bangi.

3. Restoran D’Limau Nipis Bangi

Menjadi satu lokasi popular pengunjung untuk menjamu selera makan tengahari kerana terdapat berbagai jenis lauk untuk dipilih oleh pengunjung yang paling famous antaranya ialah ikan bakar dengan sambal pencicahnya yang kaw. Selain ikan bakar terdapat pelbagai lagi jenis lauk yang ada seperti sotong bakar, makanan-makanan kampung lain serta ulam-ulaman bagi yang gemarkan masakan kampung memang sesuai sangat berkunjung ke kedai ini.

Restoran D'Limau Nipis Bangi

Dengan signature drink jus D’Limau Nipis yang menyegarkan sangat sesuai diambil dengan makanan yang pedas dan panas disini. Untuk harga bagi makanan disini boleh dikatakan agak mahal sedikit  tapi masih boleh diterima lah. Tapi rasa makanan-makanan disini berbaloi ler dengan harganya. Restoran ini terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.

4. Restoran Gulai Kampung Bangi

Merupakan tempat kegemaran krew-krew kereta sewa bangi bagi menjamu selara. Bagi mereka yang suka dengan makanan yang pedas-pedas seperti lauk-lauk kampung dan lauk pauk dari Negeri Sembilan bolehlah cuba masakan di restoran ini kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk kampung yang semsetinya lazat-lazat belaka.

Restoran Gulai Kampung Bangi

Antara lauk pauk yang famous di restoran ini adalah seperti ketam masak cili api, gulai ayam kampung, gulai tempoyak patin, siput sedut masak lemak dan bermacam-macam jenis lauk lagi. Selain itu restoran ini juga terdapat lauk-lauk bakar seperti ikan pari bakar, ayam kampung bakar dan ikan keli bakar yang boleh dicicah bersama air asam. Restoran ini terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari.

Cara Menempah Booking Kereta Sewa Bangi

Bagi yang mencari kereta sewa sekitar area Bangi dengan menggunakan platform carian Google Search, para pelanggan boleh melihat pautan link rasmi website kereta sewa bangi iaitu, www.keretasewabangi.iklanbiz.com yang berada di ranking carian teratas Google. Ataupun mereka boleh Google Search Kereta Sewa dan klik pautan link milik ADING Car Rental. Selain itu para pelanggan kereta sewa boleh menghubungi no telepon yang tertera di bawah ini.

Cara Menempah Booking Kereta Sewa Bangi

ADING Car Rental – Perkhidmatan Kereta Sewa Bangi

En. ADING 013 602 0698

Whatsapp Hotline: klik sini (fast reply)

Website: http://www.keretasewabangi.iklanbiz.com/