Bercakap berkaitan kereta sewa, sudah tentu ramai diluar sana yang pernah menggunakan perkhidmatan sewa kereta di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang menggunakan kereta bagi melakukan aktiviti seharian, contoh seperti pergi ke pejabat, melakukan perkhidmatan delivery atau COD mahupun yang menggunakan kereta sebagai tempat untuk berniaga. Sudah tentu fungsi kereta ini memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seharian. Sekiranya mereka ini ‘patah kaki’ atau tiada kenderaan disebabkan ianya rosak dan sebagainya, sudah tentu ia akan menyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti seharian mereka. Begitu juga scenario yang dihadapi bagi syarikat sewa kereta bangi dimana mereka inilah yang memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan sewa kereta khususnya bagi warga bangi dan juga sekitar kawasan yang berhampiran.
Bagi mereka yang tinggal di Bangi ataupun yang bekerja di sekitar area Bangi, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan sewa kereta ini melalui carian di Google menerusi google search, google maps ataupun business dan seumpama dengannya. Ini semua dapat dilakukan hanya dengan menggunakan smartphone dengan adanya kemudahan internet asas. Dengan menuju wawasan 2020, sudah semestinya setiap pengusaha sewa kereta di Bangi mahupun di seluruh Malaysia perlu ada teknik marketing yang relevan dengan hasilnya yang cepat dan pantas. Tidak lain tidak bukan dengan hanya menggunakan online marketing bagi memasarkan servis sewa kereta bangi secara khususnya. Dengan adanya online marketing ini, sudah tentu ia dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan sewa kereta.

Pelbagai jenis kenderaan yang disediakan bagi menampung permintaan sewa kereta area Bangi dan sekitar kawasan dengannya. Antara jenis sewa kereta yang ada dimana pengeluarnya adalah seperti Perodua, Proton, Toyota dan juga Nissan. Kereta sewa mewah, MPV dan juga van turut ada bagi memenuhi market setempat. Bagi pengusaha-pengusaha sewa kereta diluar sana yang inginkan jalinan kerjasama dengan pengusaha sewa kereta bangi bolehlah menghubungi nombor yang tertera diatas website ini. Pajakan sewa kereta masih dibuka kepada orang ramai diluar sana, yang ingin menjana pendapatan melalui aset kereta mereka. Selain bayaran bulanan sewa kereta mereka ditanggung, pemajak juga akan dapat lebihan antara RM 200 – RM1,000 sebulan mengikut jenis kenderaan yang dipajak. Menarik bukan! Jom jana pendapatan sampingan menerusi sewa kereta anda.